Friday, 23 August 2013




Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.

Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT (isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.

 

NIAT SEMBAHYANG (EMPAT RAKAAT)




 




 

Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 
(isyak) empat rakaat (*)tunai kerana Allah Ta'ala.



gantikan dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor)
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.




 

Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan ke arah badan. 




 


Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat, Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam bersembahyang, tempat di mana arah matahari terbenam di Malaysia atau arah Barat)
Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud.




 




Rapatkan kedua-dua tangan
 ke paha ketika memasang
niat dalam sembahyang
yakni sebelum mengangkat takbir.
 






 

TAKBIRATUL IHRAM
BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR




 

Allahu Akbar

Maksudnya:

Allah Maha Besar





 


Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas memasang niat dalam sembahyang sambil itu bertakbir seperti di atas.
 




 



Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir niat kita bersembahyang.

Lelaki - di bawah telinga
Perempuan - di bawah paras bahu
 






 

BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH)
TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)




 




 

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim(Islam).
Perempuan - Tangan di atas Lelaki - Tangan memegang




Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).



 




 
TERUSKAN DENGAN MEMBACA

A'uzubillahi minassyaitanir rajim.


Maksudnya:

Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.





 

SURAH AL-FATIHAH
 

Bismilla hirrahma nirrahim.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin.
Amin (*).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekalian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
* Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).





 

KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH CONTOHNYA:
 



 


Bismilla hirrahma nirrahim.

Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

TAKBIR KERANA RUKUK
BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR



 

Allahu Akbar

Maksudnya:

Allah Maha Besar



 



Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.
 




 

 

RUKUK
TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH



 



 

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:

Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.




 



Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.
 




 


Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan ke badan.
 






 

IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA



 

Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.




 


Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga dan baca ayat diatas.



 





 

IKTIDAL SELEPAS RUKUKBERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD



 

Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.
* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).



 

 Teruskan dari kedaan diatas menuju sujud yang pertama.





 

SUJUD PERTAMATUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI



 



Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.




 

Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah berkeadaan seperti di sebelah.



 

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar








 

DUDUK ANTARA DUA SUJUDDUDUK SEPERTI MELUTUT




 


Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.




 






 

SUJUD YANG KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI    




 

BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KETIGA)
T
ANPA MENGANGKATANGAN TERUS BACA




 

SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI




 

DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KEDUA (LANGKAH 9)
DUDUK SEPERTI MELUTUT




 

SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI




 

BANGUN DAN SILA ULANGI LANGKAH YANG SAMA SETERUSNYA SEHINGGA RAKAAT KEEMPAT




TAHYAT AWAL
DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL
 

 
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.






 



Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga tahiyat awal berakhir.




 


 







 

TAHYAT AKHIR
DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR



 












Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.




 





 





 


SALAM KE KANAN

 



 
 


Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.



 

 
Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam.
jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.



 

 

 SALAM KE KIRI




 



Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.



 


Berpaling ke arah kiri sambil memberi salam





 
Solat perlu dilakukan secara tertib mengikut rukun-rukun yang telah ditetapkan. Solat tersebut akan terbatal sekiranya tidak dilakukan mengikut tertib tersebut. Selain itu, setiap rukun yang dikerjakan perlu dilakukan dengan thomakninah.
 












Niat dalam solat fardhu seperti Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Asar. Niat sembahyang lima waktu ini wajib dilakukan setiap individu yang bergelar muslim. Niat solat dalah perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang kerana ia tergolong dalam Rukun Sembahyang.

Selain solat lima waktu yang dituntut ditunaikan pada setiap hari, terdapat satu lagi kewajipan terhadap kaum Adam iaitu solat Jumaat. Ibadah berkenaan dilihat bukan sekadar kewajipan tetapi ia mempunyai objektif mendalam sekiranya setiap umat Islam menghayati hikmah tuntutan solat tersebut. Jadi apakah niat solat Jumaat ? 

Niat Sembahyang Subuh 

Subuh

Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Zohor

zohor
Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah


Niat Sembahyang Asar

Asar
Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Maghrib

Maghrib

Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
   

Niat Sembahyang Isyak

Isyak
Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

  
Niat Sembahyang Jumaat

Jumaat
Usalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.

-


Cara menunaikan sembahyang Subuh

Sembahyang fardu mengandungi lima waktu sembahyang dalam sehari. Dimulai dengan sembahyang Subuh yang  mengandungi dua rakaat dan diikuti sembahyang Zuhur ( empat rakaat ), seterusnya sembahyang Asar ( empat rakaat ), diikuti sembahyang Maghrib ( tiga rakaat ) dan akhirnya sembahyang Isyak yang mengandungi empat rakaat. Di bawah menunjukkan cara - cara menunaikan sembahyang ( rukun sembahyang ) mengikut tertib dari rakaat pertama hingga ke rakaat akhir bagi sembahyang Subuh:-



1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]
2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL IHRAM ]
3. Membaca doa iftitah [ DOA IFTITAH ]
4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah    [ AL_FATIHAH ] 
5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama     [ TAKBIR ]
6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama     [ RUKUK ]
7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud     [ IKTIDAL ]
8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat  pertama    [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
11. Kembali ke rakaat kedua dimana membaca surah      Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]
12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua       [ TAKBIR ]
13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]
14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi         rakaat kedua [ IKTIDAL ]
15. Membaca doa Qunut [ QUNUT ]
16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat kedua    [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
19. Membaca tahiyat akhir      [ TAHIYAT AKHIR ]
20. Memberi Salam [ SALAM ]


 



CARA SEMBAHYANG MAGHRIB
1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]
2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL IHRAM ]
3. Membaca doa iftitah [ DOA IFTITAH ]
4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah    [ AL_FATIHAH ] 
5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama    TAKBIR ]
6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama     [ RUKUK ]
7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud     [ IKTIDAL ]
8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat  pertama    DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [ SUJUD]
11. Kembali ke rakaat kedua dimana membaca surah      Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]
12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua       [ TAKBIR ]
13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]
14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi         rakaat kedua [ IKTIDAL ]
16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat kedua    [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
19. Membaca tahiyat awal      [ TAHIYAT AWAL ]
20. Kembali ke rakaat ketiga dimana membaca      surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]
21. Takbir untuk rukuk bagi rakaat ketiga     [ TAKBIR ]
22. Rukuk bagi rakaat ketiga [ RUKUK ]
23. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi         rakaat ketiga [ IKTIDAL ]
24. Sujud pertama bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]
25. Duduk antara dua sujud dalam rakaat ketiga    [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
26. Sujud kedua bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]
27. Membaca tahiyat akhir      [ TAHIYAT AKHIR ]
28. Memberi salam [ SALAM ]


No comments:

Post a Comment